BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Khamis, 28 April 2011

Tazkirah hari ini...

Ahad, 24 April 2011

Disiplin

Definisi Disiplin

Apabila memperkatakan tentang pembangunan modal insan, ia berkait rapat dengan modal tersedia (pelajar) dan senario sosial mereka masa kini (disiplin). Menurut Kamus Dewan, disiplinmerujuk kepada latihan pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuhpada tatatertib. (DBP, 2002 : 308)

P.F Olivia (1956) berpendapat, disiplin ialah kawalan diri, kawalan dari luar, patuh kepadaautoriti, dan cara menetapkan peraturan atau hukuman. ( Abdullah Sani, 2005 : 45) Mok SoonSang (1995) pula menyatakan pada peringkat sekolah, disiplin adalah peraturan-pertauran yangdikenakan ke atas pelajar-pelajar dengan tujuan mengawal tingkah laku mereka melalui hukumanatau ganjaran. (Mohd Ismail, 2006 : 71).



Cabaran-cabaran Organisasi Pendidikan Masa Kini

Umumnya mengetahui bahawa organisasi pendidikan yang merupakan satu organisasi yangunik, seringkali menghadapi pelbagai cabaran khususnya yang berkaitan dengan disiplin sepertimerokok, gengsterism, buli, dadah dan sebagainya.



Merokok

Merokok dikalangan pelajar di sekolah merupakan masalah utama dan semakin hari bertambahparah. Hampir separuh daripada lelaki malaysia merokok. Setiap hari lebih kurang 45 hingga 50orang remaja bawah 18 tahun merokok. 30 % daripada remaja lelaki berumur antara 12 hingga18 tahun. Bilangan remaja perempuan merokok juga makin bertambah, dimana pada tahun 2000hingga 2004, bilangan pelajar perempuan merokok bertambah dari 4% hingga 8%. Kajian padatahun 2004, setiap lima orang pelajar perempuan, seorang daripadanya adalah perokok.


Berdasarkan kepada statistik ini, ternyata masalah rokok merupakan masalah yangpaling ketara di sekolah dan semakin membimbangkan. Sehubungan dengan itu, KementerianPendidikan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan bahawa perbuatan merokok tidak bolehdianggap sebagai perkara biasa, dan harus ditangani segera. (Kementerian Pelajaran Malaysia,1983 :123)


BULI DAN GENGSTERISM

Menurut kamus Dewan, buli merupakan perbuatan mendera, mempermainkan seseorang supaya dapat menyesuaikan diri dengan suasana yang baru. (DBP, 2002 : 186) Membuli ialah perbuatan empermain-mainkan seseorang, biasanya orang yang lebih lemah dari pembuli dengan tujuan untuk mengertak dan menakutkan orang yang berkenaan.

Kes-kes buli lebih banyak berlaku di sekolah-sekolah yang berasrama. Berbeza dengangengsterism, aktiviti buli biasanya dilakukan oleh beberapa individu yang tertentu dan setiapindividu tersebut tidak terikat antara satu sama lain. Hubungan antara individu hanyalah sekadarhubungan sementara untuk gejala buli yang dilakukan.


PELAN TINDAKAN

. 1. Pengukuhan Interaksi Guru dan Pelajar di Bilik Darjah

  2. Memperkasakan Penerapan Agama dan Moral

. 3. Penggunaan Sistem Merit Demerit

  4. Motivasi